<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32991986\x26blogName\x3dThe+Road+Not+Taken\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://konflix.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://konflix.blogspot.com/\x26vt\x3d-6015589512676221926', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

neuralnetworx

Konflik

Tuesday, August 22, 2006


"Aaahh.. nak keluar ke tanak ni??", soal ku bersendirian. "Kalau aku tak keluar mesti aku lemas kat dalam ni. Tapi... apa yang ada kat luar sana tu? tak bahaya ke??"

konflik pertama bersarang dalam benak ku...

Tanggal 23 Mei 1985 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1405 Hijrah, lahir lah seorang putera comel ke dunia yang fana ini.

Mak aku kate, waktu tu nurse semua tengah sibuk nak bukak puasa, maka waktu ketika aku nak keluar tu takde nurse yang nak sambut kedatangan aku. Aku nangis dgn penuh macho, itulah gaya seorang anak jantan yang bakal memeriahkan lagi bumi ini...

Mak aku kata lagi, aku seorang baby yang baik ketika dalam perut. Walaupun aku suka main tendang-tendang, tapi aku tak nakal macam budak-budak laen yang suke mengidam bukan-bukan ketika dalam kandungan.

Sayu-sayu kedengaran ayah ku membisikkan azan keteliga ku, walaupun aku masih tidak mengerti apa-apa, tapi ku faham itulah kalimah menyeru ku untuk mengenal dan memperhambakan diri terhadap Allah, pencipta ku yang Agung. "Ohh, soleh betul baby ini", detik ku dalam hati.

Tak banyak yang aku ingat selepas saat kelahiran ku itu, kerana aku lebih banyak menghabiskan masa untuk berhibernasi. Bukan kerana aku pemalas, tp aku tidak suka menyusahkan ibubapa ku seperti baby-baby yang lain...

Dan aku... terus membesar menjadi seorang jejaka yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl
  1. Blogger WNA | 12:05 PM |  

    jadilah insan berguna ;p

Leave your response